the first person ucap happy birthday is faizah...huhuhu....then,sahabat yang disayangi ika..kemudian di ikuti dengan muhd.basyirul hafiz atau dikenali sebagai ci~own ...lutfi, asri, man, terima kasih la kerana ingat b'day saye...kpda kwan2 yg wish tq ye......tapi,,,,family aku kat sabah tak ingat ke b'day aku ni.....??
terima kasih umie...call kyg malam2..walaupun tengah study+tension+apa2 jela.. membuatkan diriku tersenyum..
pada hari ini juga adalah b'day sahabat baik saya ...nama dia aina rafiqah..sekarang dia belajar kat USM.. ambil degree akaun...saye tabik die...walaupun badannya kecil..tapi hebat orangnya..
Petikan Hadis dari Abu Hurairah r.a - Kelebihan Berselawat Nabi s.a.w bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” Abu Hurairah r.a
Thursday, November 17, 2011
SEORANG PEMUDA YANG DITOLAK PINANGANNYA
Petang ini, hujan turun renyai-renyai, mendinginkan alam yang sejak tadi diterikkan mentari. Angin sejuk menghelus lembut. Nyaman sekali. Sambil bertemankan hujan, aku menghabiskan masa, menatap dan mengintai hikmah dari kisah seorang sahabat nabi bernama Saad Assulami, seorang pemuda dari bani Sulaim.
Pemuda ini seorang hitam kulitnya, dan tidak seberapa wajahnya tapi mempunyai imani yang tidak berbelah bahagi kepada Tuhan dan Rasulnya.
Saad pernah meminang anak-anak gadis untuk dijadikan suri dalam hidupnya, tetapi ditolak lantaran kulitnya yang hitam dan wajahnya yang tidak seberapa. Dalam keadaan kecewa, dia mendatangi rasulullah dan bertanya kepada baginda…
“Ya Rasulullah saw, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan jelek?”
Lalu Rasulullah saw bersabda:-
“Tidak, demi Allah yang jiwaku di tangannya, selama Kamu YAKIN kepada Tuhanmu dan ajaran Rasulnya.
Kemudian, Saad mengadu kepada rasulullah akan pinangannya yang ditolak kerna paras rupanya. Setelah mendengar luahan hati sahabatnya itu, Rasulullah menyuruhnya pergi ke rumah seorang sahabat bernama Amr Bin Wahab dan meminang puterinya yang sangat cantik dan cerdik bernama Aatiqah. Rasulullah juga menyuruh Saad menyampaikan kata-kata rasulullah bahawa banginda telah mengahwinkan Saad dengan Atiqah.
Dengan harapan yang mengunung, Saad pun pergi ke rumah Amr Bin Wahab, namun ditolak dengan kasar oleh Amr kerana Amr menyangka Saad telah berdusta.
Perbuatan Amr telah sampai ke pengetahuan puterinya Aatiqah. Menyedari akan kesalahan bapanya yang mengingkari arahan rasulullah, Atiqah berkata kepada bapanya
“Wahai ayah carilah selamat, carilah selamat sebelum turun wahyu membuka perbuatanmu, dan jika benar rasulullah saw telah mengahwinkan aku dengan orang itu maka aku terima dengan hati yang terbuka dan rela atas apa yang telah direlakan oleh Allah dan rasulullah untukku.”
Mendengar bicara puterinya, hati sang ayah bergetar. Lantas dia pergi menemui rasulullah dan meminta maaf atas kekhilafannya.
Saad kemudiaannya dikahwinkan dengan Atiqah dengan mahar 400 dirham.
Subhanallah….
MENGINTAI HIKMAH.
Tersentak hatiku, saat membaca kisah ini, aku begitu kagum dengan semangat Saad Assulami. Meski mempunyai kekurangan diri, namun dia tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuk dia mencapai kebahagiaan. Dia berusaha mencapai apa yang diinginnya hingga suatu saat dia merasa sangat kecewa, namun dia tidak mengambil langkah membunuh diri atau memberontak dan mempersoalkan kepada allah mengapa diberinya kulit yang hitam dan rupa paras yang jelik, sebaliknya beliau mengambil keputusan untuk bertemu rasulullah bagi meminta pandangan dan bantuan baginda.
Insan agung yang dirindui ini, kemudiannya membina kembali keyakinan Saad dengan mengatakan syurga itu hanya untuk orang yang yakin dengan Allah dan ajaran rasulnya dan bukan di kira dari sudut paras rupa semata-mata. Tindakan baginda ini , mengajar kepada kita, seandainya sahabat kita berada dalam keadaan kecewa dan dirundung masalah, support lah dia, berikan kata-kata semangat buat dirinya, kerana kata-kata semangat ini, walaupun nampak kecil dan biasa, namun kesannya begitu mendalam buat mereka yang sedang berduka dan kecewa.
Selepas itu, Rasulullah membantu menyelesaikan masalah Saad dengan mengahwinkan Beliau dengan seorang gadis yang cantik dan cerdik bernama Atiqah. Di sini, jelas menunjukkan kepada kita, paras rupa, warna kulit mahupun harta dan suku kaum bukanlah perbezaan. Kita adalah sama selagi berpegang pada Syahadah yang satu.
Kemudian, kita dibentangkan tentang reality sikap kita melalui sikap Amr Bin Wahab. Sikap ‘judge the book by it’s cover’ menunjukkan sikap kita yang cepat menghukum. Amr bin Wahab tidak percaya bahawasanya rasulullah saw telah mengahwinkan Saad dengan puterinya, lantas dia menolak dengan kasar pinangan Saad dan menyangka Saad berdusta tanpa meneliti terlebih dahulu akan kesahihan berita yang dikhabarkan Saad kepadanya.
Islam mengajar kita untuk berlemah lembut sesama muslim, seandainya Amr tidak bersetuju sekalipun, mungkin dia boleh menolak secara lembut. Namun begitu, setiap manusia ada kekhilafannya, begitulah juga Amr yang mungkin saja tidak menyedari akan sikapnya yang menolak pinangan Saad secara kasar. Tapi pada akhirnya, dia memohon maaf atas kesilapannya, dan mengajar kita untuk tidak berat mengaku kesalahan kita serta ringan mengucap maaf atas apa yang kita lakukan.
Di samping itu, Atiqah, Sang Puteri yang Cerdik menunjukkan kepada kita, kelembutan dan kesolehan seorang muslimah bisa melunturkan keras hati seorang lelaki sebagaimana Atiqah melunturkan keegoan ayahnya dan menyedarkan ayahnya akan kekhilafan yang telah dilakukan Amr hingga mencetuskan gerun di hatinya kerna telah melanggar arahan Allah dan rasulnya.Kelembutan dan kesolehan seorang gadis andai digunakan pada tempat yang sewajarnya, pasti besar manfaat pada dirinya dan mereka sekelilingnya.
Selain itu, Atiqah juga menunjukan kecerdikannya dengan mentaati perintah Allah dan Rasulnya. Seandainya kita berada di tempat Aatiqah, seorang yang cantik dan punya akal yang cerdik, semestinya, kita pinginkan seorang yang setara paras rupanya dengan kita, seorang yang juga tampan dan sedap mata memandang. Tapi Aatiqah cerdik kerna cintanya kepada Allah dan Rasul, membuatkan dia tidak memandang semua itu. Dia tahu, pilihan rasulullah adalah yang terbaik buatnya. Lantas diterimanya dengan hati yang terbuka dan rela. Atiqah seorang yang cerdik kerna itu dia mentaaati Allah dan rasulullah, kita pula, apakah kita seorang cerdik dengan melanggar perintah Allah dan Rasul??… wallahualam.
sAyang Sahabat
Syukur kepada Allah, sahabat saya seorang yang memahami. Saya sayangkan ukhuwah ini, tidak mahu retak menanti belah kerana isu ini. Susah untuk mencari sahabat sepertinya, susah juga untuk membina hubungan kasih sayang dengannya. Berbagai-bagai ranjau dan liku saya lalui bersamanya. Teman seperjuangan di atas jalan dakwah. Saya menerima dirinya, dia menerima diri saya. Saya ingin membawanya ke syurga sekali!
Namun, andai kata kebimbangan saya itu menjadi realiti, dan manusia mulai meninggalkan saya, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali “Hasbunallahu wani’mal wakil” (Surah Aal ‘Imran: ayat 173). Benarlah kata-kata Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali: Sahabat yang tidak pernah bercerai daripadamu ialah Tuhanmu.
Namun, andai kata kebimbangan saya itu menjadi realiti, dan manusia mulai meninggalkan saya, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali “Hasbunallahu wani’mal wakil” (Surah Aal ‘Imran: ayat 173). Benarlah kata-kata Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali: Sahabat yang tidak pernah bercerai daripadamu ialah Tuhanmu.
Saturday, September 24, 2011
Suara Hati..
Kala ini, sendalu pagi mengelus tubuh saat aku termenung di birai jendela. Dan fikiran ini begitu ligat berputar di saat orang lain entah ke mana. Hanya hati, jiwa dan buncah yang setia mengiringi sedangkan tenang, damai, berkali-kali ku hubungi, kecewa membuatkan diri jemu dan bosan. Dimanakah manusia? Yang dulunya lebat berkata-kata? Aku ingin melihat mereka bergerak dan melangkah seiring lafaz yang dilafaz. Aku ingin melihat hasil mereka, kerana fitrahku memang begitu. Aku bukan Tuhan, yang amat arif menilai.
Pagi begitu mengindahkan, pesona dan sangat kudus santak mengisur ke dalam eperdemis. Tiada suarau ricauan yang mengetuk timpanum, dan tiada babaran mata yang pedih dan menyakitkan. Yang ada cuma insan-insan yang telah mula menyapu rezeki dan menjerang rahmat. Yang ada juga betah insan-insan yang sudah tersedar dari mati yang sekejap itu. langit persih begitu gebu dan penuh dengan ambalan debu. Sejuk dan sangat hening.
Mulakan hari kita dengan sekanvas kain suci, warnakan hari-hari kita dengan pelbagai warna, corakkan dan akhir sekali, bentangkan kembali hasil kesenian itu kepada tuan penilai-muhasabah. Teguhkan diri kita dengan sekeping puisi, kata-kata dan yang paling penting ialah, cara dan pelaksana. Jika kita seorang yang suka membuat pembaharuan, bahaukan yang lama dan yang perlu, bukan baharukan yang sudah indah dibabar.
Sesungguhnya, jika tidak dibayar kembali noda-noda hitam yang berlaku saban hari hingga mencarikkan corak yang telah cuba ku warnai, alangkah fananya kehidupan ini untuk diteruskan. Cita-cita, harapan, matlamat dan apa yang jelas digenggaman masih belum dilunaaskan sepenuhnya, mengapa lantas mudah kita menerima yang seterusnya. Jika hati besar itu berkenan, hati kecil pasti akan kata ‘tidak berkenan’. Justeru, dengar apa kata hati kecil, yang sememangnya benar.
Aku tertegun, bila melihat mereka berbicara, lagak YB yang memegang kawasan, gah kerana kawasannya dapat dipengaruhi. Dan sejenak itu, aku berdoa agar akal kita mengiringi percakapan, bukan ‘main lepas’, kelak kita sendiri yang menanggung penyesalannya. Bekas hati yang kosong itu, isikan dengan air muhasabah, agar air itu masih berbaki bila diminum nanti. Jalur jiwa yang hampir terngadah, potretkan dengan galau air mata, kerana air mata itu ubat jiwa. Penyembuh duka, dan pemandu hati yang sangat setia.
Ayuh, jangan dikau mudah melafaz mantera kasih yang zulmat dan fana, jika tidak namamu bakal calar dan rosak di balik cinta. Peramkan ia hingga terbenam menusuk ke kerak atma, nanti jika ia masih berbaki, korek kembali, jika tidak, cari semula. Itu hakikat kehidupan yang selama ini masih belum dikenal erti, yang sudah pergi biarkan, yang akan datang, nantikan. Buka hati dan perasaan sekuak-kuaknya, buka minda dan jiwa seluas-luasnya. Jangan terasa luas jikalau masih tidak mengenal erti ‘luas’ yang sebenar.
Aku harapkan dikau tahu perihal kita, tingkah laku dan takhta yang kau miliki, amat tidak sama dengan kerusi hidup yang sedang ku duduki. Justeru, segala resap rasa yang hadir menemani jiwa amatlah ku titipkan sebagai bekalan kehidupan bersamamu. Persamaan kita mungkin satu dua, bukan semua.
Wahai langkisau, debur dan pukul insan ini, andai hatinya masih berbelah bahagi. Jangan biarkan dia rosak dan tidak berguna, sedarkan dia dari lena. Serukan nama illahi, sebagai pemateri janji yang pernah kau hajati dulu. Ingat, apa yang dibicara, bakal menjadi penguji yang sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan mudah kau tutur bicara lantang, kelak jangan dikau yang terlantang.
Aku utuskan bulan sebagai manhaj mataku melihat, dan bersama sendalu, aku bingkiskan senyuman untuk diutuskan kepadamu. Aku pinta, senyuman itu diutus secepatnya, agar ianya masih bermakna. Tapi sendalu selalu menipu, dan hingga saat ini, dia tetap menipu. Aku ragakan rindu bersama awan yang bergemerlapan, mungkin malam kesunyianmu akan ditemani rinduku yang setia itu. oh sahabat, aku akui, aku amat merinduimu.
Kala ini, aku menumpahkan rasa dengan frasa aku, kerana aku bercakap dengan aku. Dan Tuhan! Hisablah bicaraku ini sebagai bingkisan doa kudus dan tulus bersaudara. Aku pinta. Semoga ianya bermakna, amat bermakna. Dikau tahu bukan, kita ini begitu banyak memberi kasihan, dan akhirnya kita bakal dipijak. Aduh, janganlah lagi, kita selalu menjadi boneka, boneka yang tidak bertakhta.
Dan sesungguhnya, ‘hidup ialah sebuah persinggahan’ itu semakin rakus ertinya. Makin hidup, makin sibuk dan aku takut makin menyibuk kita dengan hidup ini. Bahkan, semakin dikejar kehormat itu, semakin hilang bayang peribadi, dan semakin lupa siapa diri. Ah, mengapa lagi aku asyik menyoal begini? Mereka kan punya hak dan pilihan.
Lanjutan peristiwa semalam sebagai bekalan, tetapi bekalan itu sudah tidak dipegangi lagi. Itu sahaja konklusi kehidupan yang sebenar. Dan aku takut, kita lari dari kebenaran, kita ragu pula dengan jalan hakikat. Aku takut, dan amat takut.
12 ADAB USUL
Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '
4 PERKARA YANG MESTI DIPERBANYAKKAN :
-BERIBADAH
-DAKWAH
-TA'LIM
-KHIDMAT
4 PERKARA YANG MESTI DI KURANGKAN:
-KURANGKAN MAKAN DAN MINUM
-KURANGKAN TIDOR DAN REHAT
-KURANGKAN CAKAP SIA-SIA
-KURANGKAN KELUAR MASUK MAJLIS
4 PERKARA YANG MESTI DITINGGALKAN:
-JANGAN HARAP PADA MAKHLUK TAPI HARAP PADA ALLAH
-JANGAN MEMINTA PADA MAKHLUK TAPI PADA ALLAH
-JANGAN MEMBAZIR
-JANGAN MENGAMBIL BARANG TANPA IZIN
Mutiara Buat Si Dia..
Tiada siapa sangka,
pada pertemuan itu,
bisa mengukir sejuta nostalgia...
Siapa sangka,
tika lambaian itu,
akhirnya membina tautan di jiwa...
Tidak pernah diduga,
titik perkenalan itu,
melakar kenangan indah bersama...
insyaAllah buat selamanya...
dan hingga ke syurga
Dia,
insan teristimewa,
teman suka dan duka,
penghibur saat hatiku,
benar-benar..
resah dipanah bebanan dan kemusykilan...
Bukanlah diriku,
seorang terkenal,
jua bukan manusia profesional,
apatah lagi seorang yang handal..
namun sengajaku titipkan
bait-bait 'pelik' ini
semata-mata ingin menzahirkan
penghargaan dan sayangku...
tulus buatmu sahabatku...
Bacalah,
tataplah sejenak,
sungguh AKU sayang KAMU..
kerana ALLAH..
aku amat hargai..
kerana kamu sudi untuk menjadi teman setia...
dihatiku...
Khas buat : nurul , ika & faizah ...
Friday, September 23, 2011
Jabatan Kejuteraan Elektrik
D24 Diploma Kejuruteraan Elektronik 3Tahun
Sinopsis
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidangan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kandungan program ni terdiri daripada modul Teknologi elektrik, Sistem Elektronik, Baikpulih Alatan Elektronik dan Rekabentuk Terbantu Komputer. Program ini juga menawarkan modul-modul elektif sebagai pilihan kepada pelajar.
Peluang Kerjaya
Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Juruteknik dalam bidang elektrik atau elektronik.
D20 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) 3 Tahun
Sinopsis
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaik pulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kurikulum program ini mengandungi modul Sistem Digital, Pengukuran dan Pengalatan Elektronik, Sistem Pemprosesan Mikro, akitektur Komputer & Penyenggaraan Komputer serta kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikri Pemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi data, Rekabentuk Litar Bersepadu, Diagnosis & Senggaraan Sistem Komputer dan Projek.
Peluang kerjaya
Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik dan perkhidmatan ICT
D29 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) 3 Tahun
Sinopsis
Program ini direkabentuk bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektronik. Pelajar dibekalkan dengan asas yang kukuh mengenai pengetahuan dan kemahiran dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik. Selain daripada mengikuti program asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran penting yang laun melalui program keselamatan industri, rekabentuk terbantu komputer, pengaturcaraan dan pengurusan. Di peringat akhir pengajian, pelajar akan mengikuti program menjurus kepada pengkhususan dalam bidang optoelektronik. Program ini menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang optoelektronik iaitu Optoektronik dan Sistem Gentian selain daripada program seperti Penyelenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi dan Komunikasi Data. Program-program efektif seperti PLC, Elektronik Perindustrian, Elektronik Kuasa, Analisis Litar, Sistem kawalan Automatik, Rekabentuk Litar Bersepadu, Gelombang Mikro serta Isyarat & Sistem juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.
Peluang Kerjaya
Lulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik Optoelektronik) berpeluang menceburi kerjaya sebagai Penolong Jurutera Elektronik dalam bidang pembuatan elektronik dan kelebihan bidang optoelektronik. Di samping layak untuk memegang jawatan sebagai Pembantu teknik dalam sektor kerajaan seperti Kementerian Penerangan, Jabatan Komunikasi dan lain-lain jabatan berkaitan dengan kerja-kerja elektronik dan optoelektronik. Pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengisi jawatan sebagai Juruteknik Pengeluaran, Penolong Penyelia Industri, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan lain-lain kerjaya yang berkaitan.
Program ini direkabentuk bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektronik. Pelajar dibekalkan dengan asas yang kukuh mengenai pengetahuan dan kemahiran dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik. Selain daripada mengikuti program asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran penting yang laun melalui program keselamatan industri, rekabentuk terbantu komputer, pengaturcaraan dan pengurusan. Di peringat akhir pengajian, pelajar akan mengikuti program menjurus kepada pengkhususan dalam bidang optoelektronik. Program ini menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang optoelektronik iaitu Optoektronik dan Sistem Gentian selain daripada program seperti Penyelenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi dan Komunikasi Data. Program-program efektif seperti PLC, Elektronik Perindustrian, Elektronik Kuasa, Analisis Litar, Sistem kawalan Automatik, Rekabentuk Litar Bersepadu, Gelombang Mikro serta Isyarat & Sistem juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.
Peluang Kerjaya
Lulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik Optoelektronik) berpeluang menceburi kerjaya sebagai Penolong Jurutera Elektronik dalam bidang pembuatan elektronik dan kelebihan bidang optoelektronik. Di samping layak untuk memegang jawatan sebagai Pembantu teknik dalam sektor kerajaan seperti Kementerian Penerangan, Jabatan Komunikasi dan lain-lain jabatan berkaitan dengan kerja-kerja elektronik dan optoelektronik. Pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengisi jawatan sebagai Juruteknik Pengeluaran, Penolong Penyelia Industri, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan lain-lain kerjaya yang berkaitan.
Subscribe to:
Comments (Atom)