Thursday, November 17, 2011

sAyang Sahabat

Syukur kepada Allah, sahabat saya seorang yang memahami. Saya sayangkan ukhuwah ini, tidak mahu retak menanti belah kerana isu ini. Susah untuk mencari sahabat sepertinya, susah juga untuk membina hubungan kasih sayang dengannya. Berbagai-bagai ranjau dan liku saya lalui bersamanya. Teman seperjuangan di atas jalan dakwah. Saya menerima dirinya, dia menerima diri saya. Saya ingin membawanya ke syurga sekali!

Namun, andai kata kebimbangan saya itu menjadi realiti, dan manusia mulai meninggalkan saya, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali “Hasbunallahu wani’mal wakil” (Surah Aal ‘Imran: ayat 173). Benarlah kata-kata Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali: Sahabat yang tidak pernah bercerai daripadamu ialah Tuhanmu.

1 comment: