the first person ucap happy birthday is faizah...huhuhu....then,sahabat yang disayangi ika..kemudian di ikuti dengan muhd.basyirul hafiz atau dikenali sebagai ci~own ...lutfi, asri, man, terima kasih la kerana ingat b'day saye...kpda kwan2 yg wish tq ye......tapi,,,,family aku kat sabah tak ingat ke b'day aku ni.....??
terima kasih umie...call kyg malam2..walaupun tengah study+tension+apa2 jela.. membuatkan diriku tersenyum..
pada hari ini juga adalah b'day sahabat baik saya ...nama dia aina rafiqah..sekarang dia belajar kat USM.. ambil degree akaun...saye tabik die...walaupun badannya kecil..tapi hebat orangnya..
Petikan Hadis dari Abu Hurairah r.a - Kelebihan Berselawat Nabi s.a.w bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” Abu Hurairah r.a
Thursday, November 17, 2011
SEORANG PEMUDA YANG DITOLAK PINANGANNYA
Petang ini, hujan turun renyai-renyai, mendinginkan alam yang sejak tadi diterikkan mentari. Angin sejuk menghelus lembut. Nyaman sekali. Sambil bertemankan hujan, aku menghabiskan masa, menatap dan mengintai hikmah dari kisah seorang sahabat nabi bernama Saad Assulami, seorang pemuda dari bani Sulaim.
Pemuda ini seorang hitam kulitnya, dan tidak seberapa wajahnya tapi mempunyai imani yang tidak berbelah bahagi kepada Tuhan dan Rasulnya.
Saad pernah meminang anak-anak gadis untuk dijadikan suri dalam hidupnya, tetapi ditolak lantaran kulitnya yang hitam dan wajahnya yang tidak seberapa. Dalam keadaan kecewa, dia mendatangi rasulullah dan bertanya kepada baginda…
“Ya Rasulullah saw, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan jelek?”
Lalu Rasulullah saw bersabda:-
“Tidak, demi Allah yang jiwaku di tangannya, selama Kamu YAKIN kepada Tuhanmu dan ajaran Rasulnya.
Kemudian, Saad mengadu kepada rasulullah akan pinangannya yang ditolak kerna paras rupanya. Setelah mendengar luahan hati sahabatnya itu, Rasulullah menyuruhnya pergi ke rumah seorang sahabat bernama Amr Bin Wahab dan meminang puterinya yang sangat cantik dan cerdik bernama Aatiqah. Rasulullah juga menyuruh Saad menyampaikan kata-kata rasulullah bahawa banginda telah mengahwinkan Saad dengan Atiqah.
Dengan harapan yang mengunung, Saad pun pergi ke rumah Amr Bin Wahab, namun ditolak dengan kasar oleh Amr kerana Amr menyangka Saad telah berdusta.
Perbuatan Amr telah sampai ke pengetahuan puterinya Aatiqah. Menyedari akan kesalahan bapanya yang mengingkari arahan rasulullah, Atiqah berkata kepada bapanya
“Wahai ayah carilah selamat, carilah selamat sebelum turun wahyu membuka perbuatanmu, dan jika benar rasulullah saw telah mengahwinkan aku dengan orang itu maka aku terima dengan hati yang terbuka dan rela atas apa yang telah direlakan oleh Allah dan rasulullah untukku.”
Mendengar bicara puterinya, hati sang ayah bergetar. Lantas dia pergi menemui rasulullah dan meminta maaf atas kekhilafannya.
Saad kemudiaannya dikahwinkan dengan Atiqah dengan mahar 400 dirham.
Subhanallah….
MENGINTAI HIKMAH.
Tersentak hatiku, saat membaca kisah ini, aku begitu kagum dengan semangat Saad Assulami. Meski mempunyai kekurangan diri, namun dia tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuk dia mencapai kebahagiaan. Dia berusaha mencapai apa yang diinginnya hingga suatu saat dia merasa sangat kecewa, namun dia tidak mengambil langkah membunuh diri atau memberontak dan mempersoalkan kepada allah mengapa diberinya kulit yang hitam dan rupa paras yang jelik, sebaliknya beliau mengambil keputusan untuk bertemu rasulullah bagi meminta pandangan dan bantuan baginda.
Insan agung yang dirindui ini, kemudiannya membina kembali keyakinan Saad dengan mengatakan syurga itu hanya untuk orang yang yakin dengan Allah dan ajaran rasulnya dan bukan di kira dari sudut paras rupa semata-mata. Tindakan baginda ini , mengajar kepada kita, seandainya sahabat kita berada dalam keadaan kecewa dan dirundung masalah, support lah dia, berikan kata-kata semangat buat dirinya, kerana kata-kata semangat ini, walaupun nampak kecil dan biasa, namun kesannya begitu mendalam buat mereka yang sedang berduka dan kecewa.
Selepas itu, Rasulullah membantu menyelesaikan masalah Saad dengan mengahwinkan Beliau dengan seorang gadis yang cantik dan cerdik bernama Atiqah. Di sini, jelas menunjukkan kepada kita, paras rupa, warna kulit mahupun harta dan suku kaum bukanlah perbezaan. Kita adalah sama selagi berpegang pada Syahadah yang satu.
Kemudian, kita dibentangkan tentang reality sikap kita melalui sikap Amr Bin Wahab. Sikap ‘judge the book by it’s cover’ menunjukkan sikap kita yang cepat menghukum. Amr bin Wahab tidak percaya bahawasanya rasulullah saw telah mengahwinkan Saad dengan puterinya, lantas dia menolak dengan kasar pinangan Saad dan menyangka Saad berdusta tanpa meneliti terlebih dahulu akan kesahihan berita yang dikhabarkan Saad kepadanya.
Islam mengajar kita untuk berlemah lembut sesama muslim, seandainya Amr tidak bersetuju sekalipun, mungkin dia boleh menolak secara lembut. Namun begitu, setiap manusia ada kekhilafannya, begitulah juga Amr yang mungkin saja tidak menyedari akan sikapnya yang menolak pinangan Saad secara kasar. Tapi pada akhirnya, dia memohon maaf atas kesilapannya, dan mengajar kita untuk tidak berat mengaku kesalahan kita serta ringan mengucap maaf atas apa yang kita lakukan.
Di samping itu, Atiqah, Sang Puteri yang Cerdik menunjukkan kepada kita, kelembutan dan kesolehan seorang muslimah bisa melunturkan keras hati seorang lelaki sebagaimana Atiqah melunturkan keegoan ayahnya dan menyedarkan ayahnya akan kekhilafan yang telah dilakukan Amr hingga mencetuskan gerun di hatinya kerna telah melanggar arahan Allah dan rasulnya.Kelembutan dan kesolehan seorang gadis andai digunakan pada tempat yang sewajarnya, pasti besar manfaat pada dirinya dan mereka sekelilingnya.
Selain itu, Atiqah juga menunjukan kecerdikannya dengan mentaati perintah Allah dan Rasulnya. Seandainya kita berada di tempat Aatiqah, seorang yang cantik dan punya akal yang cerdik, semestinya, kita pinginkan seorang yang setara paras rupanya dengan kita, seorang yang juga tampan dan sedap mata memandang. Tapi Aatiqah cerdik kerna cintanya kepada Allah dan Rasul, membuatkan dia tidak memandang semua itu. Dia tahu, pilihan rasulullah adalah yang terbaik buatnya. Lantas diterimanya dengan hati yang terbuka dan rela. Atiqah seorang yang cerdik kerna itu dia mentaaati Allah dan rasulullah, kita pula, apakah kita seorang cerdik dengan melanggar perintah Allah dan Rasul??… wallahualam.
sAyang Sahabat
Syukur kepada Allah, sahabat saya seorang yang memahami. Saya sayangkan ukhuwah ini, tidak mahu retak menanti belah kerana isu ini. Susah untuk mencari sahabat sepertinya, susah juga untuk membina hubungan kasih sayang dengannya. Berbagai-bagai ranjau dan liku saya lalui bersamanya. Teman seperjuangan di atas jalan dakwah. Saya menerima dirinya, dia menerima diri saya. Saya ingin membawanya ke syurga sekali!
Namun, andai kata kebimbangan saya itu menjadi realiti, dan manusia mulai meninggalkan saya, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali “Hasbunallahu wani’mal wakil” (Surah Aal ‘Imran: ayat 173). Benarlah kata-kata Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali: Sahabat yang tidak pernah bercerai daripadamu ialah Tuhanmu.
Namun, andai kata kebimbangan saya itu menjadi realiti, dan manusia mulai meninggalkan saya, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali “Hasbunallahu wani’mal wakil” (Surah Aal ‘Imran: ayat 173). Benarlah kata-kata Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali: Sahabat yang tidak pernah bercerai daripadamu ialah Tuhanmu.
Subscribe to:
Comments (Atom)